Mencari matahari di malam hari, hanya akan sia-sia. Bukan bererti matahari itu hilang atau lenyap, tetapi ia hanya disebalik sisi bumi yang sebelah lagi, sehingga waktunya tiba, matahari akan muncul kembali kepada kita.
Ingin mencari kebahagiaan pada saat derita hadir, juga tidak mustahil, kerana bahagia tidak pernah meninggalkan kita. Dengan menterbalikkan keadaan yang berlaku, kita mampu mendapatkan kebahagiaan itu. Cuba ubah cara berfikir dan cara pandang kita dalam melihat sesuatu persoalan yang ada. Maka bahagia akan kembali menjadi milik kita. Ibarat putaran bumi yang dipercepatkan, maka matahari pun akan kembali kepada kita sebelum waktunya (umpama jika boleh dipercepatkan).
Dalam putaran perasaan juga, hanya diri sendiri yang berkuasa untuk mempercepatkan atau melambatkannya. Apabila kita ingin bahagia, janganlah lama-lama menderita. Kerana sebenarnya bentuk – bentuk pemikiran inilah yang akan membuat perubahan ke arah yang positif terasa lambat.